SSG

3 NILAI UTAMA

Sabar

Menjadi Seorang Pedagang Ataupun Pelabur Yang Boleh Membuat Keputusan Berdasarkan Rasional Dan Kesabaran. Sekiranya Menghadapi Ujian Dalam Pasaran, Mereka Akan Tetap Bersabar Dan Mengawal Emosi Supaya Boleh Bertindak Rasional. Pasaran Adalah Sangat Lincah Bergerak Dan Memasuki Pasaran Tanpa Mempunyai Perancangan Yang Baik Akibat Dari Tidak Mempunyai Kesabaran Akan Merisikokan Modal Anda.

Santai

Santai Bukan Bermaksud Bersenang Lenang Atau Goyang Kaki. Ia Menekankan Kepada Anda Untuk Tidak Terlalu Memikirkan Tentang Pasaran Sama Ada Anda Telah Pun Memasuki Pasaran Atau Belum Lagi Memasuki Pasaran. Kebanyakan Pedagang Akan Rasa Kerugian Apabila Mereka Melihat Pasaran Telahpun Bergerak Dan Meninggalkan Peluang Untuk Mereka Memasuki Pasaran Tersebut. Sedangkan Dengan Tidak Memasuki Pasaran Juga Merupan Salah Satu Strategi Di Dalam Melakukan Dagangan Ataupun Pelaburan. Maka Anda Harus Lebih Santai

Syukur

Sebagai Seorang Islam Pastinya Kita Perlu Sentiasa Bersyukur Walau Diberi Apa Juga Bentuk Ujian, Sama Ada Kita Telah Pun Kerugian Ataupun Untung Dari Pasaran. Sekiranya Kita Diberikan Pengalaman Kerugian Dalam Pasaran, Maka Jadikan Ia Suatu Tauladan Atau Panduan Untuk Kita Menghadapi Pasaran Akan Datang. Kita Perlu Mempunyai Journal Sebagai Rujukan Akan Datang. Apabila Kita Telah Pun Untung Dalam Pasaran, Maka Pastikan Sebahagian Dari Keuntungan Kita,  Mendapat Keberkatan Melalui Sedekah, Infaq Ataupun Zakat.