SSG

TERMA DAN SYARAT PESERTA

  1. Pihak Sifu Saham Global akan emelkan kepada anda maklumat program selepas anda mendaftar
  2. Tiket ini tidak boleh ditukar ganti dengan nilai wang kredit atau barang
  3. Tiket ini hanya boleh ditebus guna untuk program kelas online PENGURUSAN PORTFOLIO pada tarikh yang termaktub di dalam jadual
  4. Pihak Sifu Saham Global berhak untuk menukarkan tarikh, masa atau menukarkan penceramah jika berlaku sesuatu diluar jangkaan
  5. Pihak Sifu Saham Global berhak menukar terma dan syarat tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu
  6. Selepas anda membuat pembayaran pastikan anda sertai group eksklusif PENGURUSAN PORTFOLIO mengikut batch anda untuk memudahkan komunikasi dan untuk kami berkongsi ilmu

KENYATAAN PENAFIAN

  1. Semua bahan pembelajaran dan kaedah applikasi PENGURUSAN PORTFOLIO ini adalah hak cipta Dato’ Ismael ibrahim dan sebarang penggunaan adalah tertakluk kepada undang-undang Harta Intelek iaitu Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Cap Dagangan 1976 dilarang sama sekali pengulangan cetak atau penerbitan semula bahan pembelajaran dan kaedah applikasi yang digunakan.
  2. Sifu Saham Global melarang mana-mana pihak dari mengadakan mana-mana program atau latihan seumpama PENGURUSAN PORTFOLIO bersama Dato’ Ismael Ibrahim atau menggunakan nama atau kaedah seumpamanya tanpa kebenaran  bertulis daripada Dato’ Ismael Ibrahim yang merupakan pengasas kepada modul PENGURUSAN PORTFOLIO ini.
  3. Sifu Saham Global melarang sebarang kegiatan seperti mengambil data/butiran peserta, menjual barang atau apa-apa juga aktiviti yang tidak mendapat kelulusan bertulis daripada Dato’ Ismael Ibrahim.
  4. Sifu Saham Global berhak membatalkan penyertaan peserta PENGURUSAN PORTFOLIO yang mengingkari atau melanggar mana-mana syarat penyertaan yang dinyatakan di atas dengan serta merta dan yuran penyertaan kelas online PENGURUSAN PORTFOLIO tidak akan dikembalikan kepada peserta berkenaan.
  5. Setiap contoh, analisa dan informasi yang ditunjukkan semasa program adalah berdasarkan sumber yang dipercayai oleh pihak SSG dan hanya kan digunakan untuk tujuan pendidikan dan latihan semata-mata dan bukan sebagai saranan atau cadangan. Pihak Sifu Saham Global tidak menjanjikan sebarang jaminan ketepatan sama ada dari segi informasi atau masa, kesempurnaan, kesesuaian, pencapaian, keputusan atau apa sahaja yang berkaitan.
  6. Sebarang strategi dan kaedah yang diajar tidak menjanjikan keuntungan dan kemungkinan menyebabkan kerugian.
  7. Program PENGURUSAN PORTFOLIO diadakan dengan persetujuan bahawa tenaga pengajar tidak menyediakan perkhidmatan dalam bidang perundangan, perakaunan, percukaian atau mana-mana perkhidmatan berbayar yang tiada kaitan dengan program ini.
  8. Anda diingatkan bahawa aktiviti pelaburan atau dagangan instrumen kewangan atas talian mungkin tidak sesuai untuk sesetengah individu atau kumpulan atau syarikat atau lain-lain yang berkaitan. Aktiviti pelaburan dalam ekuiti atau ekuiti derivative melibatkan risiko yang significant dan berkemungkinan boleh mengalami kerugian modal yang dilaburkan. Anda tidak digalakkan untuk melabur lebih daripada jumlah yang anda sanggup rugi dan anda dinasihatkan agar memahami setiap risiko yang terlibat. Sebelum anda memulakan pelaburan, anda dinasihatkan memberikan pertimbangan yang sewajarnya berkaitan dengan tahap pengalaman dan objektif pelaburan anda. Anda juga dinasihatkan agar mendapatkan khidmat nasihat kewangan dari pakar kewangan bertauliah jika perlu.
  9. Pihak Sifu Saham Global tidak bertanggungjawab di atas kerugian atau risiko sekiranya platform broker yang digunakan sama ada dalam pembelajaran atau selepas pembelajaran ditutup atau disenarai hitamkan oleh pihak Suruhanjaya Security Malaysia. Anda hendaklah sedar dan membuat kajian sendiri tentang broker yang digunakan bagi tujuan pelaburan dan dagangan tersebut.

Peserta wajib mematuhi kesemua arahan yang dikeluarkan oleh pihak Sifu Saham Global seperti sebelum, semasa dan selepas program yang telah ditetapkan.